Monday, 7 April 2014

Kursus Clinical Practice Guideline untuk schizophrenia 8/4/2014

Pada 8/4/14, seramai 60 orang doktor, jurupulih carakerja, penolong pegawai perubatan dan jururawat dari Kajang, Hulu Langat, Serdang dan Putrajaya berkursus di Hospital Serdang. Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Psikiatri hospital Serdang. Kursus dua hari ini mengupas dua penyakit mental iaitu Schizophrenia dan Major Depressive Disorder.

Pada hari ini Dr Ahmad Zabidin ada menyampaikan dua ceramah tentang Schizophrenia. Beliau pernah menjadi jawatankuasa CPG untuk Schizophrenia. Mereka yang berminat boleh melihat link iaitu Overview of Management of Schizophrenia dan Epidemiology and Diagnosis of Schizophrenia.

Selamat berkursus.

Thursday, 3 April 2014

AJK Persatuan Tahun 2014/2015

Mesyuarat Agung Tahunan  yang ke-3 telah diadakan seperti berikut:
Tarikh: Hari Ahad, 23 Mac 2014
Masa: 10.00 pagi


Catatan :
Dalam ucapan alu2annya, Dr Ahmad Zabidin memberi penghargaan kepada Persatuan dan AJK yang meneruskan usaha membantu ahli keluarga dan orang ramai untuk memahami kesihatan mental & menangani stigma. Selepas itu, Dr Gurdeep Singh membentangkan cabaran yang dialami oleh ahli keluarga kru dan penumpang penerbangan MH370 dan bagaimana beliau dan pasukan psikiatri membantu mereka.

Selamat berkhidmat diucapkan kepada AJK yang baru, termasuk yang dilantik semula seperti berikut:

Yang Dipertua : En Kamal Abdullah @ Kanasie
Naib Yg Dipertua : Puan Mahijah Abdul Rahman
Setiausaha : Puan Jeeva Kumari
Penolong Setiausaha : Puan Nurul Iza Mohd Nasib
Bendahari : Cik Tavahselvi Seevaratnam

Ahli JawatanKuasa Biasa :
1. En Mohd Saat bin Hussin,
2. En Vijayakumar A/L Velayutham,
3. Mr Tan Chin Ann,
4. Puan Chong Lei Da,
5. Puan Nadia Arifilia Abd Musa,
6. Puan Latipah Musneh

Juru Audit Dalam:
1. Puan Siti Indon bte Sailan
2. En Mohd Amin bin Maulan

 Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan kepada kami. 

Sunday, 9 March 2014

Kerjasama dengan MMHA untuk mengadakan aktiviti promosi sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2014

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Suatu perbincangan awal telah dilakukan dengan pihak MMHA untuk mengadakan aktiviti promosi kesihatan mental sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2014 yang diadakan setiap tahun pada tarikh 10 Okt. Objektifnya ialah untuk menghilangkan stigma dan meningkatkan kesedaran orang ramai kepada kepentingan kesihatan mental. Tambahan pula, ini peluang baik untuk mempromosikan persatuan kita di peringkat daerah Klang.

Ramai sukarelawan akan menyertainya dan pastinya semua ahli akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sekian, terima kasih

Jemputan Untuk Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pada 23 Mac 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan sukacitanya, semua ahli persatuan dan para pemerhati/bakal ahli dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Mesyuarat Agung Tahunan ke-3 yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Hari Ahad, 23 Mac 2014
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Tingkat Satu, Bangunan Wad Psikiatri, Perkarangan Klinik Anika, Jalan Tengku Kelana, Klang
Hubungi Urusetia: 0163327735 (En Kamal)

Sekian, Terima Kasih

kemurungan

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kemurungan merupakan gejala yang merubah kesihatan mental seseorang dengan dahsyat sekali. Walaupun terdapat rawatan yang tersedia untuk masalah ini, ramai yang tidak menyedarinya atau malu untuk tampil ke hadapan kerana stigma atau rasa malu 'apa nanti orang lain kata?'

Tapi kemurungan bukan hanya memberi impak kepada individu tetapi juga pasangan, anak-anak, ibu bapa, jiran, rakan-rakan, majikan dan saudara-mara, malah seluruh masyarakat dan negara.

Menangani kemurungan merupakan suatu usaha mulia yang perlu dimulakan. Walaupun dengan kumpulan kecil. Walaupun dengan diri sendiri. Dengan keikhlasan, anda akan menemui kejayaan.

Untuk sedikit material untuk digunakan klik rawatan depresion (dalam pdf)

Penghargaan kepada rakan Muslimah Muntazah yang menjemput Dr Ahmad Zabidin pada 10hb mac 2014. 9.00 pg di surau eria , no 2 b jln anggerik eria 31/111 kota kemuning untuk menyampaikan sedikit ceramah. Untuk sedikit semakan klik menangani kemurungan (dalam powerpoint)

Salam Hormat

Sunday, 21 July 2013

Seminar Awam Kesihatan Mental 21 September

Salam sejahtera dan Assalamualaikum.

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga pengalaman berpuasa akan membawa kepada penghayatan Islam yang lebih baik untuk manfaat semua. Sesiapa yang bermurah hati di bulan ini eloklah bersedekah mengikut kemampuan. Yang Dipertua, En Kamal Abdullah dan Ahli jawatankuasa ingin juga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya dan Maaf zahir dan bathin. Sila lah berhati-hati semasa memandu di jalan raya dan rancanglah perjalanan dengan baik supaya anda mendapat rehat yang cukup dan kenderaan berada dalam keadaan yang baik.

Suatu pengumuman awal ingin dilakukan. Seminar Awam Kesihatan Mental akan dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di daerah Klang tentang penjagaan kesihatan mental dan menjalin kerjasama dengan agensi yang terlibat dalam penjagaan dan perawatan pesakit mental. Program ini adalah anjuran bersama pihak hospital, persatuan kita dan Malaysian Mental Health Association seperti berikut:

Tajuk : Seminar Awam Kesihatan Mental
Tarikh: Sabtu, 21 September 2013
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat; Auditorium Permata, Tingkat 3, Kompleks Rawatan Harian, Hospital Tg Ampuan Rahimah Klang
Yuran : PERCUMA (TERMASUK MINUM PAGI DAN MAKAN TENGAHARI)

Tajuk2 Ceramah :

1. Stress, Mental Health & Mental Illness
2. MindfulGym - Mindfulness For Stress Reduction

3. Peranan Polis dalam Perawatan Pesakit Mental
4. Bantuan Kebajikan Pesakit Mental

Jumlah Peserta 200 orang sahaja. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera.

Sila hubungi pihak penganjur di 016 3327725 




Sunday, 2 June 2013

Kaji selidik untuk pengamal perubatan di Malaysia

Salam sejahtera,
Pengamal perubatan yang merawat pesakit mental juga mengalami stres. Suatu pasukan penyelidik dari Monash University sedang membuat kajian tentang tahap stres di kalangan pegawai-pegawai kesihatan mental. Slia klik link di bawah jika anda mungkin boleh menyumbang terhadap kajian ini:


Selamat mencuba.

Terima kasih