AKTIVITI PERSATUAN 2011

AKTIVITI 2011 adalah seperti berikut:

1. Mesyuarat AJK.
Sebanyak 9 mesyuarat ahli jawantan kuasa telah diadakan dalam tempoh Jun ’11 – Dis ’11.  Sambutan dan penyertaan dari semua AJK adalah mengalakan dan beberapa perkara berkaitan dengan rancangan aktiviti telah dibincang.

2. Lawatan ke rumah Pesakit bersama staff HTAR.
YDP En Kamal Abdullah meluangkan masa dan ikut bersama staff yang bertugas merawat pesakit di rumah untuk mengetahui keadaan dan suasana pesakit.

3. YDP bersama kelurga pesakit di Klinik Pakar Psikiatrik HTAR.
YDP En Kamal Abdullah, Timbalan YDP En Khairuddin dan AJK Lei Da telah melawat dan bertemu beberapa keluarga pesakit di klinik psikiatri untuk mengetahui masalah yang mereka hadapi.

4. Forum Hari Kesihatan sedunia 2011 anjuran Klinik Psikiatrik HTAR.
Pada 19 Okt  2011, YDP telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pandangan Persatuan Kumpulan Sokongan Pesakit Klang. Ini merupakan detik permulaan Persatuan kita dapat diiktiraf oleh HTAR.

5. Perjumpaan dengan Ketua Jabatan Psikiatrik.
YDP telah bertemu dengan Datin Dr.Fauziah dan telah berbincang tentang beberapa perkara berkaitan kerjasama antara Persatuan dan Jabatan Psikiatrik. Beliau telahpun bersetuju untuk beri segala kerjasama dan juga telah beri “sudut iklan” di klinik untuk kegunaan aktiviti Persatuan.

6. Seminar Kesedaran dan Penjagaan Kesihatan Mental.
Satu seminar tersebut diatas telah dirancang oleh persatuan pada 26hb & 27hb November 2011, tetapi sambutan dari keluarga tidak mengalakkan. Hanya 15 perserta mendaftar, akhirnya pengajuran ini telah ditundakan kepada 18hb Feb 2012.

7. Menderma televisyen
Persatuan telah mendapatkan seorang penderma untuk sebuah televisyen untuk kegunaan wad psikiatri perempuan yang sebelum ini telah rosak sepenuhnya.

8. Lawatan ke NGO 
Wakil persatuan telah mengadakan lawatan pada 30 Dis 2011 ke pejabat Persatuan Pemuda Harapan Malaysia di Klang dan mendapat taklimat tentang aktiviti dari Dr Jenny Deva dan Prof Deva.

No comments:

Post a Comment