JENIS KEAHLIAN


   Jenis KEAHLIAN

    (1) Ahli Biasa:- Keahlian terbuka kepada kakitangan kesihatan dan ahli keluarga pesakit yang berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia yang tinggal atau bekerja di Klang, Selangor.
(2)   Ahli Seumur Hidup:- Terbuka kepada ahli biasa yang membayar yuran keahlian seumur hidup. 
(3)   Ahli Bersekutu:- Terbuka kepada semua orang perseorangan yang berminat untuk membantu secara langsung atau tidak langsung untuk mencapai matlamat persatuan ini. 
(4)  Ahli Kehormat :-    Ahli Jawatan Kuasa boleh mencadang sesiapa yang menyumbang tenaga atau kepakaran yang boleh membawa kemajuan kepada persatuan ini. Cadangan ini akan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Agung untuk kelulusan

Syarat tambahan:


- Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. 
- Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. 
- Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia menjadi ahli.
- Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
.






No comments:

Post a Comment