Sunday 21 July 2013

Seminar Awam Kesihatan Mental 21 September

Salam sejahtera dan Assalamualaikum.

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga pengalaman berpuasa akan membawa kepada penghayatan Islam yang lebih baik untuk manfaat semua. Sesiapa yang bermurah hati di bulan ini eloklah bersedekah mengikut kemampuan. Yang Dipertua, En Kamal Abdullah dan Ahli jawatankuasa ingin juga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya dan Maaf zahir dan bathin. Sila lah berhati-hati semasa memandu di jalan raya dan rancanglah perjalanan dengan baik supaya anda mendapat rehat yang cukup dan kenderaan berada dalam keadaan yang baik.

Suatu pengumuman awal ingin dilakukan. Seminar Awam Kesihatan Mental akan dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di daerah Klang tentang penjagaan kesihatan mental dan menjalin kerjasama dengan agensi yang terlibat dalam penjagaan dan perawatan pesakit mental. Program ini adalah anjuran bersama pihak hospital, persatuan kita dan Malaysian Mental Health Association seperti berikut:

Tajuk : Seminar Awam Kesihatan Mental
Tarikh: Sabtu, 21 September 2013
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat; Auditorium Permata, Tingkat 3, Kompleks Rawatan Harian, Hospital Tg Ampuan Rahimah Klang
Yuran : PERCUMA (TERMASUK MINUM PAGI DAN MAKAN TENGAHARI)

Tajuk2 Ceramah :

1. Stress, Mental Health & Mental Illness
2. MindfulGym - Mindfulness For Stress Reduction

3. Peranan Polis dalam Perawatan Pesakit Mental
4. Bantuan Kebajikan Pesakit Mental

Jumlah Peserta 200 orang sahaja. Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera.

Sila hubungi pihak penganjur di 016 3327725 




Sunday 2 June 2013

Kaji selidik untuk pengamal perubatan di Malaysia

Salam sejahtera,
Pengamal perubatan yang merawat pesakit mental juga mengalami stres. Suatu pasukan penyelidik dari Monash University sedang membuat kajian tentang tahap stres di kalangan pegawai-pegawai kesihatan mental. Slia klik link di bawah jika anda mungkin boleh menyumbang terhadap kajian ini:


Selamat mencuba.

Terima kasih

Friday 31 May 2013

Dialog Bersama Keluarga

Kepada Semua Ahli Persatuan dan Ahli Keluarga,

Salam Sejahtera

Program perkongsian maklumat dan pengalaman dinamakan 'Dialog Bersama Keluarga' akan diadakan seperti berikut:

Tarikh dan Hari : 22 Jun 2013 (Sabtu)
Masa: 830 pagi hingga 1230 t/hari
Tempat: Dewan Mesyuarat, Tingkat Satu, Wad Psikiatri, Jalan Tg Kelana, Klang

Aktiviti: 
Minum pagi.
Dialog bersama ahli keluarga pesakit, doktor pakar, ahli farmasi, juru pulih cara kerja dan pimpinan Persatuan Kumpulan Sokongan Keluarga.  

YURAN PERCUMA.

Berminat? 

Sila Hubungi 03 3375 7000 
ext 6273 (Puan Che Yam) atau 1387 (Nadzirah) 
ATAU
SMS ke nombor 016-3327735 : 
DIALOG <Nama> Hadir <Bilangan Hadir> 

Sekian, terima kasih.


"Saya tidak boleh tidur, tolonglah"


Anda boleh mendapat jawapannya dari:   link kementerian Kesihatan ini
Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. 
Amalan tidur yang sihat
Tukar tabiat anda
  • Berhenti merokok
  • Jangan tidur pada siang hari
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
  • Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur
Ubahsuai persekitaran tidur anda
  • Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk aktiviti lain
  • Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
  • Pastikan juga tilam dan katil anda selesa
Amalan sebelum tidur
  • Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
  • Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
  • Tidur bila rasa mengantuk
  • Berehat sebentar sebelum masuk tidur.
Simpan satu diari tidur
  • Catit jumlah jam dan kualiti tidur
  • Masa masuk dan bangun dari tidur
  • Jenis makanan, minuman dan ubatan yang diambil
  • Perasaan anda
Elakkan dari membeli ubat tidur terus dari kaunter kedai farmasi

Mesyuarat Agung dan Senarai AJK Persatuan untuk 2013/14

Salam Sejahtera dan Assalamualaikum ww

Tahniah kepada semua yang hadir ke Mesyuarat Agong Ke-2 persatuan pada 6 Apr 2013 di Dewan Mesyuarat, Tingkat Satu, Wad Psikiatri, Jalan Tengku Kelana, Klang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En Mohd Yusof Abdullah.  

Sekalung penghargaan kepada AJK lama yang telah mencurah bakti, jasamu sentiasa dalam ingatan. Selamat berkhidmat diucapkan kepada AJK yang baru, termasuk yang dilantik semula seperti berikut: 



Yang Dipertua : En Kamal Abdullah @ Kanasie



Naib Yg Dipertua : En Mohd Yusof Abdullah

Setiausaha : Puan Siti Rugaiyah Ismail

Penolong Setiausaha : Cik Malar Selvi Raman

Bendahari : Cik Tavahselvi Seevaratnam

AJK : 
1. En Kamal Lias @ Hj Alias, 
2. En Vijayakumar, 
3. Cik Marilyn, 
4. Puan Chong Lei Da, 
5. Puan Che Yam Abdullah, 
6. Puan Latipah Musneh

Juru Audit Dalam:
1. Puan Dermi Ta'Siah
2. En Merbyn

Pekara-pekara yang diutarakan dalam mesyuarat:

1. Perkhidmatan home care swasta untuk pesakit mental yang belum pulih sepenuhnya ( Cadangan : boleh berhubung dengan pihak Malaysian Mental Health Association)

2. Pesakit dari Kuala Selangor berulang alik untuk rawatan suntikan bulanan di Hosp Tg Ampuan Rahimah (Cadangan : boleh berbincang dengan pihak doktor untuk rawatan di klinik terdekat)

3. Pesakit menunggu lebih 4 jam di klinik untuk dapatkan preskripsi ubat dari doktor (Cadangan: YDP  meminta pihak jabatan mempercepatkan masa menunggu)

4. Pesakit mental tidak boleh dikawal di rumah tetapi polis dan ambulans tidak mahu menghantar ke hospital (Cadangan: YDP akan berbincang dengan pihak berkenaan)

-Sedutan dari Minit Mesyuarat Agung ke-2 

Sunday 31 March 2013

Jemputan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kumpulan Sokongan Pesakit Mental Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan sukacitanya, semua ahli persatuan dan para pemerhati/bakal ahli dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Hari Sabtu, 6 April 2013
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Tingkat Satu, Bangunan Wad Psikiatri, Perkarangan Klinik Anika, Jalan Tengku Kelana, Klang
Hubungi Urusetia: 0163327735 (En Kamal)

Sebarang pertanyaan tentang keahlian sila klik di sini

Jumpa anda di sana.

Friday 29 March 2013

Risalah Psychological First Aid Selepas Trauma

Salam sejahtera

Tragedi melibatkan keganasan yang menggemparkan di Sabah baru-baru ini telah menyentuh ramai insan samada mangsa terkorban, tercedera, keluarga yang kehilangan orang tersayang, kediaman serta harta benda. Petugas-petugas kesihatan dan anggota keselamatan juga terkesan. Reaksi terhadap trauma adalah pelbagai dan disifatkan sebagai normal walaupun ianya negatif atau positif.


Psychological first aid adalah suatu teknik yang digunakan untuk menangani insan yang trauma selepas terlibat dalam bencana. Pada 25 Mac 2013, Dr Ahmad Zabidin bersama 35 pasukan kesihatan dari pelbagai jabatan psikiatri dari hospital kerajaan telah menjalani bengkel 2 hari bertajuk "Psychososial Trauma Response Training Programme". Mereka termasuk pasukan relief pertama yang dihantar dari Semenanjung Malaysia ke Sabah. Bersama-sama beliau di Hospital Semporna dan Tawau ialah Dr Abd Razak, pakar psikiatri Hospital Sg Buloh dan dua jururawat terlatih dari Hospital Batu Pahat.

Mereka telah menterjemahkan manual Psychological First Aid ke dalam Bahasa Malaysia untuk diterbitkan sebagai risalah untuk manfaat orang ramai di sana. Bagi yang memerlukannya, sila klik risalah dan banting yang diperlukan. Maklumbalas tentang risalah itu sangat dialu-alukan kepada mental123.smk@gmail.com. Semoga Allah memberikan kita peluang dan kekuatan untuk membantu insan lain yang memerlukan serta menyebarkan rasa kemesraan dan kasih sayang. Terima Kasih.

Banting - Reaksi kepada Trauma (jpeg)
Banting - Reaksi kepada trauma (pdf)
Risalah Cara Memberi Sokongan dan Bantuan
Risalah Mencari sokongan moral selepas trauma
Risalah Cara-cara untuk menenangkan diri atau relaksasi

Rujukan:
 WHO guide for field workers 2011
  Overview of Psychological First Aid  dari http://www.nctsn.org/content/psychological-first-aid

Sunday 3 March 2013

Apa itu Bipolar Disorder

Salam sejahtera ..

Penasihat persatuan kita, Dr Ahmad Zabidin, telah dipelawa untuk memberi ceramah tentang sejenis kecelaruan minda bertajuk Bipolar Disorder. Ceramah ini berlangsung pada 28 Feb 2013 untuk sebuah kursus anjuran Jabatan Psikiatri Hospital Sungai Buloh. Kursus ini dihadiri oleh lebih 100 orang anggota kesihatan pelbagai kategori dari doktor pakar sehingga ke jururawat bagi mementapkan perkhidmatan kesihatan mental di klinik dan hospital.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan slide berkenaan, sila klik di.sini

Sekian terima kasih

Monday 25 February 2013

Bantuan warga kita di Padang Jawa pada 2 Mac dapat liputan akhbar Metro

Salam sejahtera dan assalamualaikum, YDP En Kamal telah mengenalpasti ada keluarga yang memerlukan bantuan di Padang Jawa. Lawatan akan lakukan pada 2 mac 2013 dan wartawan metro akan dijemput bagi menimbulkan kesedaran komuniti tentang aktiviti kebajikan

Tuesday 5 February 2013

KEAHLIAN DENGAN SATU RINGGIT SEBULAN


Salam sejahtera dan salam perkenalan,

APA KHABAR FIZIKAL DAN MINDA ANDA?

Didaftarkan di Selangor pada April 2011, pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN KUMPULAN SOKONGAN PESAKIT MENTAL KLANG,SELANGOR dengan No.Pendaftaran 2132-11-SEL. Penubuhannya adalah untuk menyemarakkan lagi aktiviti pendidikan kumpulan sokongan keluarga berasaskan modul 'Family Link' yang diadakan di Jabatan Psikiatri, Hospital Tg Ampuan Rahimah Klang sejak 2009.

TUJUAN PENUBUHAN

  1. Membantu dan menolong pesakit dan keluarga pesakit yang memerlukan bantuan.
  2. Mengeratkan perhubungan di antara ahli-ahli, pesakit-pesakit, kakitangan kesihatan dan orang awam.
  3. Memberi kaunseling dan sokongan moral kepada pesakit-pesakit dan keluarga pesakit.
  4. Membantu ahli-ahli, pesakit dan keluarga pesakit meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk penjagaan kesihatan dan pengendalian persatuan.
  5. Membantu pesakit dan keluarga pesakit mendapatkan hak-hak kebajikan yang sedia ada mengikut peruntukan dalam undang-undang.
  6. Mencari dana untuk objektif tersebut di atas, mengikut peraturan yang sedia ada.


Betulkah yuran hanya satu ringgit sebulan
Tak percaya... sila dapatkan borang keahlian dengan klik di sini

- sedutan dari Perlembagaan Persatuan