Salam sejahtera
Tragedi melibatkan keganasan yang menggemparkan di Sabah baru-baru ini telah menyentuh ramai insan samada mangsa terkorban, tercedera, keluarga yang kehilangan orang tersayang, kediaman serta harta benda. Petugas-petugas kesihatan dan anggota keselamatan juga terkesan. Reaksi terhadap trauma adalah pelbagai dan disifatkan sebagai normal walaupun ianya negatif atau positif.
Psychological first aid adalah suatu teknik yang digunakan untuk menangani insan yang trauma selepas terlibat dalam bencana. Pada 25 Mac 2013, Dr Ahmad Zabidin bersama 35 pasukan kesihatan dari pelbagai jabatan psikiatri dari hospital kerajaan telah menjalani
bengkel 2 hari bertajuk "Psychososial Trauma Response Training Programme". Mereka termasuk pasukan relief pertama yang dihantar dari Semenanjung Malaysia ke Sabah. Bersama-sama beliau di Hospital Semporna dan Tawau ialah Dr Abd Razak, pakar psikiatri Hospital Sg Buloh dan dua jururawat terlatih dari Hospital Batu Pahat.
Mereka telah menterjemahkan manual Psychological First Aid ke dalam Bahasa Malaysia untuk diterbitkan sebagai risalah untuk manfaat orang ramai di sana. Bagi yang memerlukannya, sila klik risalah dan banting yang diperlukan. Maklumbalas tentang risalah itu sangat dialu-alukan kepada mental123.smk@gmail.com. Semoga Allah memberikan kita peluang dan kekuatan untuk membantu insan lain yang memerlukan serta menyebarkan rasa kemesraan dan kasih sayang. Terima Kasih.
Banting - Reaksi kepada Trauma (jpeg)
Banting - Reaksi kepada trauma (pdf)
Risalah Cara Memberi Sokongan dan Bantuan
Risalah Mencari sokongan moral selepas trauma
Risalah Cara-cara untuk menenangkan diri atau relaksasi
Rujukan:
WHO guide for field workers 2011
Overview of Psychological First Aid dari http://www.nctsn.org/content/psychological-first-aid
No comments:
Post a Comment