Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dengan sukacitanya, semua ahli persatuan dan para pemerhati/bakal ahli dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: Hari Sabtu, 6 April 2013
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Tingkat Satu, Bangunan Wad Psikiatri, Perkarangan Klinik Anika, Jalan Tengku Kelana, Klang
Hubungi Urusetia: 0163327735 (En Kamal)
Sebarang pertanyaan tentang keahlian sila klik di sini
Jumpa anda di sana.
Sunday, 31 March 2013
Friday, 29 March 2013
Risalah Psychological First Aid Selepas Trauma
Salam sejahtera
Tragedi melibatkan keganasan yang menggemparkan di Sabah baru-baru ini telah menyentuh ramai insan samada mangsa terkorban, tercedera, keluarga yang kehilangan orang tersayang, kediaman serta harta benda. Petugas-petugas kesihatan dan anggota keselamatan juga terkesan. Reaksi terhadap trauma adalah pelbagai dan disifatkan sebagai normal walaupun ianya negatif atau positif.
Psychological first aid adalah suatu teknik yang digunakan untuk menangani insan yang trauma selepas terlibat dalam bencana. Pada 25 Mac 2013, Dr Ahmad Zabidin bersama 35 pasukan kesihatan dari pelbagai jabatan psikiatri dari hospital kerajaan telah menjalani bengkel 2 hari bertajuk "Psychososial Trauma Response Training Programme". Mereka termasuk pasukan relief pertama yang dihantar dari Semenanjung Malaysia ke Sabah. Bersama-sama beliau di Hospital Semporna dan Tawau ialah Dr Abd Razak, pakar psikiatri Hospital Sg Buloh dan dua jururawat terlatih dari Hospital Batu Pahat.
Mereka telah menterjemahkan manual Psychological First Aid ke dalam Bahasa Malaysia untuk diterbitkan sebagai risalah untuk manfaat orang ramai di sana. Bagi yang memerlukannya, sila klik risalah dan banting yang diperlukan. Maklumbalas tentang risalah itu sangat dialu-alukan kepada mental123.smk@gmail.com. Semoga Allah memberikan kita peluang dan kekuatan untuk membantu insan lain yang memerlukan serta menyebarkan rasa kemesraan dan kasih sayang. Terima Kasih.
Banting - Reaksi kepada Trauma (jpeg)
Banting - Reaksi kepada trauma (pdf)
Risalah Cara Memberi Sokongan dan Bantuan
Risalah Mencari sokongan moral selepas trauma
Risalah Cara-cara untuk menenangkan diri atau relaksasi
Rujukan:
WHO guide for field workers 2011
Overview of Psychological First Aid dari http://www.nctsn.org/content/psychological-first-aid

Sunday, 3 March 2013
Apa itu Bipolar Disorder
Salam sejahtera ..
Penasihat persatuan kita, Dr Ahmad Zabidin, telah dipelawa untuk memberi ceramah tentang sejenis kecelaruan minda bertajuk Bipolar Disorder. Ceramah ini berlangsung pada 28 Feb 2013 untuk sebuah kursus anjuran Jabatan Psikiatri Hospital Sungai Buloh. Kursus ini dihadiri oleh lebih 100 orang anggota kesihatan pelbagai kategori dari doktor pakar sehingga ke jururawat bagi mementapkan perkhidmatan kesihatan mental di klinik dan hospital.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan slide berkenaan, sila klik di.sini
Sekian terima kasih

Monday, 25 February 2013
Bantuan warga kita di Padang Jawa pada 2 Mac dapat liputan akhbar Metro
Salam sejahtera dan assalamualaikum,
YDP En Kamal telah mengenalpasti ada keluarga yang memerlukan bantuan di Padang Jawa. Lawatan akan lakukan pada 2 mac 2013 dan wartawan metro akan dijemput bagi menimbulkan kesedaran komuniti tentang aktiviti kebajikan
Tuesday, 5 February 2013
KEAHLIAN DENGAN SATU RINGGIT SEBULAN
Salam sejahtera dan salam perkenalan,
APA KHABAR FIZIKAL DAN MINDA ANDA?
Didaftarkan di Selangor pada April 2011, pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN
KUMPULAN SOKONGAN PESAKIT MENTAL KLANG,SELANGOR dengan No.Pendaftaran 2132-11-SEL. Penubuhannya adalah untuk menyemarakkan lagi aktiviti pendidikan kumpulan sokongan keluarga berasaskan modul 'Family Link' yang diadakan di Jabatan Psikiatri, Hospital Tg Ampuan Rahimah Klang sejak 2009.
TUJUAN PENUBUHAN
Betulkah yuran hanya satu ringgit sebulan?
Tak percaya... sila dapatkan borang keahlian dengan klik di sini
- sedutan dari Perlembagaan Persatuan
- Membantu dan menolong pesakit dan keluarga pesakit yang memerlukan bantuan.
- Mengeratkan perhubungan di antara ahli-ahli, pesakit-pesakit, kakitangan kesihatan dan orang awam.
- Memberi kaunseling dan sokongan moral kepada pesakit-pesakit dan keluarga pesakit.
- Membantu ahli-ahli, pesakit dan keluarga pesakit meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk penjagaan kesihatan dan pengendalian persatuan.
- Membantu pesakit dan keluarga pesakit mendapatkan hak-hak kebajikan yang sedia ada mengikut peruntukan dalam undang-undang.
- Mencari dana untuk objektif tersebut di atas, mengikut peraturan yang sedia ada.
Betulkah yuran hanya satu ringgit sebulan?
Tak percaya... sila dapatkan borang keahlian dengan klik di sini
- sedutan dari Perlembagaan Persatuan
Subscribe to:
Comments (Atom)