Sunday, 2 June 2013

Kaji selidik untuk pengamal perubatan di Malaysia

Salam sejahtera,
Pengamal perubatan yang merawat pesakit mental juga mengalami stres. Suatu pasukan penyelidik dari Monash University sedang membuat kajian tentang tahap stres di kalangan pegawai-pegawai kesihatan mental. Slia klik link di bawah jika anda mungkin boleh menyumbang terhadap kajian ini:


Selamat mencuba.

Terima kasih

Friday, 31 May 2013

Dialog Bersama Keluarga

Kepada Semua Ahli Persatuan dan Ahli Keluarga,

Salam Sejahtera

Program perkongsian maklumat dan pengalaman dinamakan 'Dialog Bersama Keluarga' akan diadakan seperti berikut:

Tarikh dan Hari : 22 Jun 2013 (Sabtu)
Masa: 830 pagi hingga 1230 t/hari
Tempat: Dewan Mesyuarat, Tingkat Satu, Wad Psikiatri, Jalan Tg Kelana, Klang

Aktiviti: 
Minum pagi.
Dialog bersama ahli keluarga pesakit, doktor pakar, ahli farmasi, juru pulih cara kerja dan pimpinan Persatuan Kumpulan Sokongan Keluarga.  

YURAN PERCUMA.

Berminat? 

Sila Hubungi 03 3375 7000 
ext 6273 (Puan Che Yam) atau 1387 (Nadzirah) 
ATAU
SMS ke nombor 016-3327735 : 
DIALOG <Nama> Hadir <Bilangan Hadir> 

Sekian, terima kasih.


"Saya tidak boleh tidur, tolonglah"


Anda boleh mendapat jawapannya dari:   link kementerian Kesihatan ini
Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. 
Amalan tidur yang sihat
Tukar tabiat anda
  • Berhenti merokok
  • Jangan tidur pada siang hari
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
  • Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur
Ubahsuai persekitaran tidur anda
  • Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk aktiviti lain
  • Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
  • Pastikan juga tilam dan katil anda selesa
Amalan sebelum tidur
  • Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
  • Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
  • Tidur bila rasa mengantuk
  • Berehat sebentar sebelum masuk tidur.
Simpan satu diari tidur
  • Catit jumlah jam dan kualiti tidur
  • Masa masuk dan bangun dari tidur
  • Jenis makanan, minuman dan ubatan yang diambil
  • Perasaan anda
Elakkan dari membeli ubat tidur terus dari kaunter kedai farmasi

Mesyuarat Agung dan Senarai AJK Persatuan untuk 2013/14

Salam Sejahtera dan Assalamualaikum ww

Tahniah kepada semua yang hadir ke Mesyuarat Agong Ke-2 persatuan pada 6 Apr 2013 di Dewan Mesyuarat, Tingkat Satu, Wad Psikiatri, Jalan Tengku Kelana, Klang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En Mohd Yusof Abdullah.  

Sekalung penghargaan kepada AJK lama yang telah mencurah bakti, jasamu sentiasa dalam ingatan. Selamat berkhidmat diucapkan kepada AJK yang baru, termasuk yang dilantik semula seperti berikut: 



Yang Dipertua : En Kamal Abdullah @ Kanasie



Naib Yg Dipertua : En Mohd Yusof Abdullah

Setiausaha : Puan Siti Rugaiyah Ismail

Penolong Setiausaha : Cik Malar Selvi Raman

Bendahari : Cik Tavahselvi Seevaratnam

AJK : 
1. En Kamal Lias @ Hj Alias, 
2. En Vijayakumar, 
3. Cik Marilyn, 
4. Puan Chong Lei Da, 
5. Puan Che Yam Abdullah, 
6. Puan Latipah Musneh

Juru Audit Dalam:
1. Puan Dermi Ta'Siah
2. En Merbyn

Pekara-pekara yang diutarakan dalam mesyuarat:

1. Perkhidmatan home care swasta untuk pesakit mental yang belum pulih sepenuhnya ( Cadangan : boleh berhubung dengan pihak Malaysian Mental Health Association)

2. Pesakit dari Kuala Selangor berulang alik untuk rawatan suntikan bulanan di Hosp Tg Ampuan Rahimah (Cadangan : boleh berbincang dengan pihak doktor untuk rawatan di klinik terdekat)

3. Pesakit menunggu lebih 4 jam di klinik untuk dapatkan preskripsi ubat dari doktor (Cadangan: YDP  meminta pihak jabatan mempercepatkan masa menunggu)

4. Pesakit mental tidak boleh dikawal di rumah tetapi polis dan ambulans tidak mahu menghantar ke hospital (Cadangan: YDP akan berbincang dengan pihak berkenaan)

-Sedutan dari Minit Mesyuarat Agung ke-2 

Sunday, 31 March 2013

Jemputan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kumpulan Sokongan Pesakit Mental Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan sukacitanya, semua ahli persatuan dan para pemerhati/bakal ahli dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Hari Sabtu, 6 April 2013
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Tingkat Satu, Bangunan Wad Psikiatri, Perkarangan Klinik Anika, Jalan Tengku Kelana, Klang
Hubungi Urusetia: 0163327735 (En Kamal)

Sebarang pertanyaan tentang keahlian sila klik di sini

Jumpa anda di sana.

Friday, 29 March 2013

Risalah Psychological First Aid Selepas Trauma

Salam sejahtera

Tragedi melibatkan keganasan yang menggemparkan di Sabah baru-baru ini telah menyentuh ramai insan samada mangsa terkorban, tercedera, keluarga yang kehilangan orang tersayang, kediaman serta harta benda. Petugas-petugas kesihatan dan anggota keselamatan juga terkesan. Reaksi terhadap trauma adalah pelbagai dan disifatkan sebagai normal walaupun ianya negatif atau positif.


Psychological first aid adalah suatu teknik yang digunakan untuk menangani insan yang trauma selepas terlibat dalam bencana. Pada 25 Mac 2013, Dr Ahmad Zabidin bersama 35 pasukan kesihatan dari pelbagai jabatan psikiatri dari hospital kerajaan telah menjalani bengkel 2 hari bertajuk "Psychososial Trauma Response Training Programme". Mereka termasuk pasukan relief pertama yang dihantar dari Semenanjung Malaysia ke Sabah. Bersama-sama beliau di Hospital Semporna dan Tawau ialah Dr Abd Razak, pakar psikiatri Hospital Sg Buloh dan dua jururawat terlatih dari Hospital Batu Pahat.

Mereka telah menterjemahkan manual Psychological First Aid ke dalam Bahasa Malaysia untuk diterbitkan sebagai risalah untuk manfaat orang ramai di sana. Bagi yang memerlukannya, sila klik risalah dan banting yang diperlukan. Maklumbalas tentang risalah itu sangat dialu-alukan kepada mental123.smk@gmail.com. Semoga Allah memberikan kita peluang dan kekuatan untuk membantu insan lain yang memerlukan serta menyebarkan rasa kemesraan dan kasih sayang. Terima Kasih.

Banting - Reaksi kepada Trauma (jpeg)
Banting - Reaksi kepada trauma (pdf)
Risalah Cara Memberi Sokongan dan Bantuan
Risalah Mencari sokongan moral selepas trauma
Risalah Cara-cara untuk menenangkan diri atau relaksasi

Rujukan:
 WHO guide for field workers 2011
  Overview of Psychological First Aid  dari http://www.nctsn.org/content/psychological-first-aid

Sunday, 3 March 2013

Apa itu Bipolar Disorder

Salam sejahtera ..

Penasihat persatuan kita, Dr Ahmad Zabidin, telah dipelawa untuk memberi ceramah tentang sejenis kecelaruan minda bertajuk Bipolar Disorder. Ceramah ini berlangsung pada 28 Feb 2013 untuk sebuah kursus anjuran Jabatan Psikiatri Hospital Sungai Buloh. Kursus ini dihadiri oleh lebih 100 orang anggota kesihatan pelbagai kategori dari doktor pakar sehingga ke jururawat bagi mementapkan perkhidmatan kesihatan mental di klinik dan hospital.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan slide berkenaan, sila klik di.sini

Sekian terima kasih